Archive for January 31st, 2013

Anak Manja

Anak Manja

bunga ditaman kupetik-petik
semut diranting aku menjerit
dedaun tua kuhiris-hiris
terluka jari aku menangis

aku benar kias anak manja
gaya si kecil sentiasa bersama gula-gula
dimana sahaja inginku ketawa
manis kumakan, pahit tidak kutelan, pedas terus kubuang
bagaimana mahu ke bintang? sedagn matahari lagiku elak
bagaimana ingin jadi kuat? sedang sakit lagiku teriak

anak manja harus bangun dicelah kepayahan
agar gula-gula kekal dalam kemanisan
biar dulu pahit peria aku telan
nanti petang pahit itu hilang,sakit tidak mungkin berterusan.

aku, biar jadi anak manja
biar mereka saksi senyumku dibibir, girang di mata
lirik sayu cuma simpan senyap menjadi harta, dalam kalbu seorang anak manja
ku tahu takkan selamanya ia layu
kerana manis sudah kutemu bila pahit semalam dalam diam aku lalu.

.

tomyamfan; Anak Manja
Jan 31st, 2013

.

Advertisements